MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

Dasar Privasi

splwpk-procurement
splwpk-Online-E-participation
2023-11-23 08:08:08
Electronic Archive
splwpk-electronic-archive
Online Services HRMIS MyOnline Passport splwpk-online-services ePLKS splwpk-online-services eVOA splwpk-online-services
splwpk-w3c
Alat Kebolehcapaian
splwpk-feedback-form
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
Feedback Form
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-client-charter
splwpk-contact-details

Ahad : April 28, 2024 - 2.18 am

eVISA

Apakah eVISA?

eVISA ialah aplikasi atas talian yang membolehkan warga asing memohon visa elektronik untuk memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.

Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)?

Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan lawatan sosial ialah:

Warganegara Negara Permohonan
Afghanistan (VDR)
Angola
Bangladesh
Bhutan
Burkina Faso
Burundi
Cameroon
Central African Republic
Colombia
Congo Democratic Republic
Congo Republic
Djibouti
Equatorial Guinea
Eritrea
Ethiopia
Ghana
Guinea-Bissau
Hong Kong (C.I/D.I)
Ivory Coast
Kosovo
Liberia
Mali
Montenegro
Mozambique
Myanmar
Nepal
Nigeria
Niger
Pakistan
Rwanda
Serbia
Sri Lanka
eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Israel dan Korea Utara.

Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)?

Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan belajar, bekerja dan rawatan perubatan ialah:

Warganegara Negara Permohonan
Afghanistan
Albania
Angola
Argentina
Armenia
Austria
Azerbaijan
Bahrain
Bangladesh
Belarus
Belgium
Benin
Bhutan
Bolivia
Bosnia-Herzegovina
Brazil
Bulgaria
Burkina Faso
Burundi
Kemboja
Cameroon
Cape Verde
Central African Republic
Chad
Chile
China
Colombia
Comoros
Congo
Congo
Costa Rica
Croatia
Cuba
Czech Republic
Denmark
Djibouti
Mesir
El Salvador
Equate Guinea
Eritrea
Estonia
Ethiopia
Findland
Perancis
Gabon
Georgia
Jerman
Ghana
Greece
Guatemala
Guinea
Haiti
Honduras
Hong Kong SAR/BNO
Hong Kong (C.I/D.I)
Hungary
Iceland
IndiaQatar
Indonesia
Iran
Iraq
Itali
Ivory Coast
Jepun
Jordan
Kazakhstan
Kyrgyzstan
Kuwait
Republic of Kyrgyz
Laos
Latvia
Lebanon
Liberia
Libya
Lithuania
Luxembourg
Macao SAR
Macedonia
Madagascar
Moldova
Mali
Mauritania
Mexico
Monaco
Mongolia
Montenegro
Maghribi
Mozambique
Myanmar
Nepal
Nicaragua
Niger
Nigeria
Norway
Oman
Pakistan
Palestin
Panama
Paraguay
Peru
Filipina
Poland
Portugal
Qatar
Romania
Rusia
Rwanda
Sao Tome and Principe
Arab Saudi
Serbia
Sinegal
Slovakia
Slovenia
Somalia
Korea Selatan
Sepanyol
Sri Lanka
Suriname
Sweden
Syria
Tajikistan
Taiwan
Thailand
Togo
Tunisia
Turki
Turkmenistan
Ukraine
Emiriah Arab Bersatu
Amerika Syarikat
Uruguay
Uzbekistan
Vatican City
Venezuela
Vietnam
Yaman
eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Israel dan Korea Utara.

Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)? 

eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong) berlaku untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap pengeluaran dan pemegang eVISA dibenarkan memasuki Malaysia berdasarkan tempoh keberadaan mengikut kelayakan warganegara seperti berikut:

Warganegara Tempoh Kelayakan Bagi Setiap Kemasukan (Hari)
Afghanistan (VDR) 30
Angola 30
Bangladesh 30
Bhutan 30
Burkina Faso 30
Burundi 30
Cameroon 30
Central African Republic 30
China 30
Colombia 30
Congo Democratic Republic 30
Congo Republic 30
Djibouti 30
Equatorial Guinea 30
Eritrea 30
Ethiopia 30
Ghana 30
Guinea-Bissau 30
Hong Kong (C.I/D.I) 30
India 30
Ivory Coast 30
Kosovo 30
Liberia 30
Mali 30
Montenegro 30
Mozambique 30
Myanmar 30
Nepal 30
Nigeria 30
Niger 30
Pakistan 30
Rwanda 30
Serbia 30
Sri Lanka 30

Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)? 

eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme berlaku untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap pengeluaran.

Bagaimana saya hendak bermula?

Untuk pemohon kali pertama, anda dikehendaki klik butang I’m New untuk memulakan proses permohonan anda. 

Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk klik butang Returning Useruntuk kembali ke akaun anda.

Apakah dokumen yang saya perlukan untuk memohon eVISA?

Berikut adalah dokumen yang perlu diimbas dan dimuatnaik semasa permohonan dilakukan:

  • Gambar studio bersaiz pasport terbaharu.
  • Muka surat pasport mengandungi biodata pemohon dengan tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas semasa tarikh perjalanan.
  • Confirmed returned flight booking.
  • Sijil lahir bagi pemohon di bawah umur.
  • Bukti penginapan.
  • Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

Apakah proses kelulusan untuk permohonan eVISA?

Setiap permohonan eVISA anda adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya permohonan eVISA anda diragui, anda akan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan berkaitan atau dipanggil untuk sesi temuduga oleh pegawai di Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau melalui sidang video.

Adakah saya perlu mencetak eVISA saya?

Ya. Anda akan menerima eVISA (Nota eVISA) anda dalam format cetakan A4 di mana anda dikehendaki untuk mencetaknya. Adalah diingatkan bahawa cetakan eVISA anda adalah amat penting dan ia hendaklah dikemukakan semasa ketibaan anda di pintu masuk Malaysia.

Bagaimanakah saya akan dihubungi untuk permohonan eVISA saya?

Anda dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa notifikasi e-mel daripada kami. Komunikasi perhubungan adalah melalui e-mel.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

  • Pasport / dokumen perjalanan yang sah.
  • Cetakan eVISA (Nota eVISA) yang sah.
  • Boarding pass.
  • Wang sara diri yang mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan semasa anda berada di Malaysia (Tunai / Cek Kembara / Debit atau Kad Kredit / eWallet yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia). 
  • Tiket penerbangan balik yang disahkan.
  • Bukti penginapan.
  • Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

Berapakah kadar bayaran eVISA?

Bil Jenis Bayaran Kadar Bayaran
1. Caj Pemprosesan RM 105.00
2. Caj Perkhidmatan
e-Commerce / Mastercard payment
eWallet: Alipay, WeChat Pay dan Union Pay

0.8% daripada jumlah transaksi
1.7% daripada jumlah nilai transaksi

Berapakah kadar bayaran fi visa mengikut negara?

Bil. Negara Kadar Bayaran
1 Argentina RM20.15
2 Bolivia RM11.00
3 Myanmar RM20.00
4 Brazil RM17.00
5 Bulgaria RM21.90
6 Chile RM24.50
7 P.R China RM30.00
8 Costa Rica RM9.00
9 Czech & Slovakia RM19.30
10 Denmark RM6.00
11 Republik Dominican RM12.90
12 Ecuador RM7.00
13 Finland RM7.00
14 Perancis RM12.90
15 Haiti RM16.00
16 Hungari RM21.45
17 Indonesia RM15.00
18 Itali RM9.50
19 Jepun Percuma
20 Republik Korea Selatan RM30.00
21 Liberia RM13.00
22 Mexico RM17.50
23 Panama RM14.50
24 Peru RM20.00
25 Filipina RM36.00
26 Poland RM26.20
27 Portugal RM6.50
28 Arab Saudi RM17.20
29 Sepanyol RM11.60
30 Sudan RM12.90
31 Thailand Percuma
32 Amerika Syarikat RM6.00
33 Uruguay RM13.50
34 Venezuela RM18.00
35 Vietnam RM13.00
36 India RM50.00
37 Lain-lain Negara RM20.00

Bagaimana saya boleh merujuk permasalahan yang timbul semasa permohonan eVISA dilakukan?

Anda boleh merujuk permasalahan berkaitan permohonan eVISA melalui butang Live Chat Support di portal eVISA https://malaysiavisa.imi.gov.my yang berfungsi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Di manakah saya boleh mendapatkan lain-lain maklumat mengenai eVISA?

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://malaysiavisa.imi.gov.my

Dikemaskini pada : 11 Disember 2023

Skip to content